N9.

DIGITAL

Gerbang digital Negeri Sembilan

n9.digital adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan menghubungkan rakyat, peniaga dan kerajaan secara digital

DASAR PRIVASI

Aplikasi n9.digital (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi gerbang digital Kerajaan Negeri Sembilan yang memuatkan modul berurusan secara digital di antara rakyat-rakyat, rakyat-peniaga dan rakyat-peniaga-kerajaan.

Kerajaan Negeri Sembilan membangunkan modul aplikasi dari semasa ke semasa untuk memindahkan urusan seharian ke gerbang digital.

Dua fungsi utama n9.digital:
  1. e-Bantuan: permohonan skim-skim Kerajaan Negeri Sembilan melalui gerbang digital di aplikasi telefon pintar.

  2. e-Gerai: platform perniagaan elektronik untuk peniaga kecil dan rakyat

Gerbang digital n9.digital adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan untuk menjadikan negeri ini paling kedepan dalam migrasi kepada masyarakat digital dan e-ekonomi.

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan Data Peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan pengesahan permohonan skim-skim Kerajaan Negeri Sembilan yang dibuka kepada rakyat Negeri Sembilan . Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

Maklumat Yang Dikumpul

Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran, menambah maklumat tanggungan, dan menyediakan platform perniagaan secara elektronik bagi peniaga-peniaga kecil.

Aplikasi ini mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya dikumpul adalah seperti berikut:

  • Nama
  • Alamat
  • Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pasport
  • Nombor Telefon
  • Tarikh Lahir
  • Alamat E-mel
  • Jantina
  • Gambar Kad Pengenalan
  • Daerah
  • Dun
  • Parlimen
  • Kaum
  • Warganegara

Semasa menggunakan fungsi di aplikasi ini, kami ingin meminta akses seperti di bawah untuk memberi anda pengalaman yang lebih baik.

Kamera: Untuk membolehkan anda mengimbas kod QR check-in bagi tujuan pengesanan kontak, atau menetapkan gambar profil anda.

Lokasi: Untuk menentukan lokasi anda semasa menggunakan fungsi berdasarkan lokasi di aplikasi ini (Cth. Pengesan pengesanan, carian gerai berdekatan).

Notifikasi: Untuk membolehkan anda mendapat notifikasi bagi pesanan atau tempahan dari aplikasi ini.

Galeri Gambar, Fail, Audio & Video: Untuk membolehkan anda menetapkan gambar profil dan memuat naik gambar kad pengenalan semasa proses pendaftaran.

Tujuan pengumpulan data adalah seperti berikut:

  • Menilai dan memproses permohonan untuk skim-skim, bantuan , perniagaan.
  • Mentadbir dan mengatur semua skim atau bantuan dan peniaga-peniaga kecil yang berdaftar dengan kami.
  • Memberikan kepada anda maklumat lanjut berkaitan dengan skim-skim dan bantuan yang kami tawarkan.
  • Apa – apa tujuan lain samada secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan n9.digital.

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas, kecuali diperlukan bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat lain untuk tujuan komersil.

Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

Kerahsiaan

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Perubahan Kepada Dasar Privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.